Sunday, September 19, 2010

sumber dari alam

tak tau pe nak tulis....
bosan gile bangang...
dah le duit makin susut...
ak pon ta taw la.. ape nak jadik ngan aku...

dulu.. mase awal2 sem da berazam.. nak bajet perbelanjaan...
keputusanye... pergh.. hampeH!...
macamne ni... aku dah jenuh... memikirkan... masa depan....
nak join MLM? wah.. haram tuh!! nak beniage? nak niage ap? tapawe
r? fuhh.. mengeluh.. haaa... ade satu jalan... aku na jual cicak tokek la... tapi macamne na cari... tgk dalam latest news...harga cicak tu.. bley mencecah atusan ribuan ringgit... makdatok!!!! lebey mengejutkan.. ade yang sampai berjuta.... pe bende yang terrer tentang cicak ni? die bley jadi transformers ke? ataupon boley jadi emas ke? tak pon.. jadi bmw m3?... or jadi jet pejuang tanpa pemandu? hahaha sebenarnye... cicak ni... dalam kajian.. saintis di eropah termasuk la... bidor dan juga tapah... menyatakan... air liur menatang ni... berguna.. kerana.. mengandungi enzim.. or something chemical reaction.. yang memboleykan penyembuhan penyakit yang still skang takde penawarnye... iaitu HIV... so... mat saleh ni... nak dapatkan cicak ni.. tuk bwat kajian.. sebab, cicak ni takde pernah dijumpai menangkap mangsa di London bridge, berasmara di bawah menara pisa..., berchating di menara eiffil, ataupun berskuba diving di pantai Caribbean. cicak kotek ni... banyak ditemui.. di asia.. lebih-lebih lagi.. di asia tenggara.. termasuk sri iskandar, taiping, bota, arau, dan juga kemaman...kat kuching, kota kinabalu, sandakan.. pon banyak jugak... ayah aku aritu.. ade tangkap sekor... dan ingin menjualnya...tapi belum jual-jual lagi kerana.. ta cukup berat, cicak ni... law lagi berat.. lagi berharga...lagi best.. berikut adalah harga yang terletest bagi penjualan cicak tokek.
Harga tokek pada May 2010 :
220gram =RM2,300.00
300gram =RM100,000.00
400gram =RM180,000.00
500gram =RM500,000.00
600gram =RM600,000.00
800gram =RM800,000.00
1000gram =RM1,200,000.00
Peningkatan harga yang amat tinggi pada Julai 2010
Harga tokek pada JULAI 2010 :
220gram =RM3,000.00-RM5,000.00
230gram =RM5,000.00-RM8,000.00
250gram =RM8,000.00-RM15,000.00
280gram =RM10,000.00 - RM30,000.00
300gram =RM150,000.00-RM200,000.00
350gram =RM200,000.00 ke atas
400gram =RM300,000.00 ke atas
500gram-999gram =RM1,000,000.00-RM5,000,000.00
1000gram- ke atas =RM6,000,000.00- RM50,000,000.00
dipercayai.. harga diatas cuma harga pembukaan oleh pembeli.. jika.. senarai harga ni cuma harga pembukaan, sudah pasti.. ade harge yang tak boleh diterima pakai oleh otak waras manusia, disebabkan hanya menjual seekor cicak... yang badannye.. menggerutu, berbunyi pelik, besar... eeeee hahahha

duit punye pasal... geli.. diletakkan di tepi..
aritu.. aku ade usha blakang almari rumah aku... aku ade nampak kelibat DUIT.. eh silap... kelibat cicak tokek.. besar badan dalam lingkungan besar lighter (tidak termasuk kepala dan ekor)
aku maw biar dulu... biar die.. besar kaw-kaw punye...n mempunyai berat yang kaw-kaw punye... hahaha... pastu.. aku nak berangan...kaw-kaw punye.. hahahahahahahahaahah
tokek.. tokek..

Saturday, August 7, 2010

Ikhlaslah....

Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas in Malik r.a. yang bermaksud : " Tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya, ternyata bumi pun diam. Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya:

"Ya Rabbi, adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?"

Allah menjawab," Ada iaitu besi." (Kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata diperbuat daripada besi).

Para malaikat pun kembali bertanya : "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaa-Mu yang lebih hebat daripada besi?"

Allah yang Maha Suci menjawab : Ada iaitu api." (besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah dibakar dengan api).

Malaikat kembali bertanya: "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab : Ada iaitu air." (Api yang membara macam mana pun akan padam dengan simbahan air).

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam ciptaan-Mu yang lebih hebat daripada air?" tanya malaikat lagi.

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab : "Ada iaitu angin." (Air di samudera akan segera terangkat, bergulung-gulung dan berombak, menghempas pantai dan batu karang, menyebabkan kapal dan perahu terumbang ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang sangat dahsyat).

Akhirnya para malaikat bertanya lagi: "Ya Rabbi, adalah sesuatu dalam ciptaan-Mu yang lebih hebat daripada angin?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatan-Nya menjawab:

"Ada iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

(Riwayat al-Tarmizi)
semoga.. dibulan ramadhan ini... kite pertingkatkan amal jariah kite... pelaburan yang terbaik didunia ini adalah pelaburan untuk hari akhirat...pelaburan untuk akhirat adalah sedekah, zakat ,dan amal jariah!!!

Mudahnya mengeluh... Jarangnya bersyukur..

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.


Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”
Subhanallah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…


Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)
renung-renungkan lah.. dan selamat beramal di bulan ramadhan ini... asalamualaikum

Sunday, May 30, 2010

GILE COMMAND AND CONQUER

Aritu.. ak turun ipoh.. dengan sedare ak.. dalam pale ak... ak da aim.. ak mesti dapatkan bende tu jugak ari ni...da lame da ak mencari... tak jumpe-jumpe, na g ipoh transport lak tade.. kebetulan sedare ak na g ipoh sebab na amek ubat.. tuk abg die... ble ak dengar je die mempelawe ak ke ipoh tuk teman die.. ak pon rase bagai beruk mendapat pisang.. menari keriangan..hahahaha memang pucuk dicita ulam mendatang, ak tanpa malu-malu dan was-was.. terus menyetujui.. trip itu.. hahaha.. aku bagitau mak.... ak na balik rumah kat sri iskandar na amek barang-barang ak yang tinggal... mak pon setuju.. dan mengizinkan.. pemergianku..
sedare ak bawak awek die.. ak sorang2 je.. tapi takpe... kat pale ak mase tu bukan perempuan yang ak idamkan... ape yang ak aim mesti terlaksane jgk mase tu. setibe di ipoh.. kitrang tros g hospital KPJ.. amek ubat.. setelah.. urusan di hospital selesai.. sedare aku call kak nana.. sedare ak yang mmg duk kat ipoh.. sebab die na amek tiket bas tuk die balik ke arau sebab die skang study kat matrik arau... dukacita.. dimaklumkan.. kak nana ngah kijew pllak mase tu... kami amek keputusan.. g je umah kak nana tu.. n stay jap kat sane sampe die balik utk lunch tengahari.. smpey je kat rumah.. kami di sambut oleh kak lily(adik kak nana) diorang kak lily baru sampe umah mase tu.. sebab semalam diorang balik kampung.. duk.. kat rumah tu barang beberape minit.. ak da jadi gelisah... ak asyik pikir bende tu.. je.. ak da tak tahan.. ak bagitau sedare ak... "kite kuar dulu... la.. sementare tunggu kak nana balik.." "emm ok la.. jom la.." kate sedare ak.. wah... impian ak bakal terlaksane... hahahaha
masuk je kerete... sedare ak tanye.. nak p mane? hahaha ak jawab.. p yik fong.. kereta yang dipandu memecut laju.. ke destinasi yang telah dirancang.. setibe je di yik fong..yang merupakan sebuah kompleks membeli belah di bandar ipoh.. kat situ banyak menjual barang-barang komputer dan handphone. kami masuk kedalam kompleks itu.. dan ak mengapalai.. perjalanan ke kedai yang menjual cd game.. sedare ak.. jalan lambat la plak... almaklumla.. die bawak awek die.. diorang berdue jalan same.. ak kat depan terburu-buru.. kecepatan.. ah.. lantak korang la... t da selesai urusan ak.. ak call la diorang kat mane.. ak trus jalan.. bagai tentera.. menyerang musuh.. tanpa menghiraukan segale halangan.. ak nampak je kedai tu.. ak masuk tanpa memberi salam.. sebab tokey die cine.. nah.... terbentang luas... bekas2.. untuk menyimpan cd2 games.. ak mencapai satu bekas.. dan mula menyelak.. satu persatu.. kepingan cover cd game tu.. dan mencari.. games command and conquer.. tiberium wars.. lame aku selak... dari satu keping ke satu keping, dari satu bekas ke satu bekas... argh... mane ni... aku tenang.. sampai la.. ak terselak satu keping cd...yahhhhh ni die.... ad beberape lagi siri command and conquer ta ak pedulikan ak tetap dengan aim aku.. iaitu.. tiberium wars.. dan ak beli cd tu.. dengan harga lima blas hengget!
Command and conquer tiberium wars ni adalah game stretegy. pemain ak bertindak sebagai commander dan merancang stretegy peperangan ditambah pula dengan teknologi peperangan yang canggih manggih.. tebirium wars ni adlah salah satu kelompok pecahan dari command and conquer.. selain tiberium wars ni.. ad command and conquer red alert.. command and conquer generals..dan command and conquer kane wrath. sebelum ni ak ad membeli command and conquer red alert 3... dan aku telah puas.. melanyak enemy2 dalam game tu.. hahahaha.. asyik ak.. je menang.. da bosan.. berbeza dengan command and conquer yang lain.. tiberium wars ni.. lebih kepade peperangan teknologi tinggi.. kerane ad satu tentera yang datangnye dari planet lain.. untuk menceroboh bumi.. dan tentera bumi.. bersame kelengkapan yang ad.. menentang penjajahan makhluk asing... siot.. hahaha.. nak taw lagi.. cari la kat kedai game ye...
aku da dapat.. ap yang ak nak... yahoo... hahaha....... puas ati aku!!!! balik je umah.. aku trus install.. alhamdulillah... akhirnye ak bejaye.. bermain.. game ni dalam labtop ak...haha
mission accomplished!
yang ak bagitaw mak nak amek barang kat umah ak di sri iskandar tu.. ta jadi.. sebab ari da lewat petang.. t takut ta sempat.. balik.. sorry mom hehe


aku juge. dah main game command and conquer red alert 2, red aler2+yuri revenge,red alert3,red alert 3 uprising, n yang terbaru tiberium wars
cover cd command &conquer tiberium wars

kepuasan yang dialami


ni adalah cover cd game2 lain yang aku ade


red alert 2

red alert 2+yuri revenge
red alert 3

red alert 3 uprising

Friday, April 9, 2010

pekan rabu...oh.. pekan rabu

ade satu ari ak ke pergi kedah.. mase tu bulan puase.. ak dari matrik perlis dibawe oleh sepupu ak saje-saje nak g buke kat luar.. sepupu ak plak blajar kat uum.. so tak bape jauh la dari tmpat ak. sebenarnye dah lame dah rancang nak g kedah.. mmg kene la dgn ari yang ktorang pergi tu.. sebab ak pun nak cari baju raye..
   ak bawak kawan ak.. n sepupu ak pun  bawak kawan die.. dalam perjalanan.. macam macam la kami sembang..aku tak boley la nak tulis kami sembang pew.. mase tu... da tak ingat.. tempat yang kitorang nak pegi tu namenye pekan rabu.. ak pelik la mle2 tu.. aku tanye sedare aku.. nak pergi mane ni? die cakap nak p pekan rabu.. ahh sudah.. ak jadi pelik.. ari ni ari khamis.. ade ke pekan rabu ari khamis. peh!! abeh satu kete tu gelakkan ak.. kau ni.. pekan rabu tu.. name tempat.. bukanye pekan tu ari rabu je ade.. sedare ak pekik.. hahaha.. ak gelak tersimpul malu..
    agak lame jgk dalam kete.. tgk jam dah nak dekat waktu berbuke dah.. kawan sepupu ak cakap.. tempatnye tak jauh pun dari tempat ak.. tapi.. ye la kan.. kadang kadang manusia ni.. salah tafsir.. die kate dekat.. rupenye.. jauh la lagi.. hehe.. agak agak da nak buke tu.. kami pun sampe la ke pekan rabu.. kami tak sempat nak buke makan nasi pon.. sebab sampe2 je kompleks pekan rabu tu dah penuh dengan umat islam untuk menikmati juadah berbuka puase masing2. sepupu ak bagi ak air kotak jew.. kami buke dengan air kotak n sembayang dulu.. on  way kitorang nak g sembahyangt nak cari surau.. ak pandang la sekeliling peh..  kotor tempat ni..  sampah ad je kat mane mane.. siap dengan bau lagi.. ad bau ikan,bau rempah,bau ikan masin, n yang tak tahan bau sampah. sebenarnye.. kompleks pekan rabu tu.. tempat orang berniage.. segale macam mak nenek barang ade... dari barang barang dapur.. sampe la.. la ke cadar katil... macam macam ad... bile pandang je longkang kat situ.. abeh tersekat dengan sampah sampah, ak bukanye ape.. kompleks tu.. dekat je dengan foodcourt2.. adlah tak manis. kalau tempat makan.. mempunyai persekitaran yang kotor..
kat sini ak bukan nak menyalahkan sesiape.. sebagai manusie kite ni same jew... kalau dah ade sampah tu.. buang la kat tong sampah atau kat tempat2 yang dah disediekan... jangan la buang ikut suke jew... ni tak pasei2 dah mencemarkan pandangan orang yang lalu lalang kat situ. lagi satu. kepade pakcik2 makcik2 yang jual makanan kat citu.. law nak berniage tu boleh.. tapi jage lah kebersihan.. ni tak... lepas abeh berniage jew.. pom! lekas2 kemas n balik... cubelah beretika cikit.. segale sise makann tu buang kat tempat sepatutnye.. longkang longkang yang ad abeh dipenuhi dengan sise maknan korang... saye takut.. t dapat aduan ad pelanggan mengadu dapat masalah penyakit berpunca makan di kedai makcik or pakcik, na.. kan dah susah gitu.. terpakse.. turun naik court. kite law nak berniage.. jangan kire nak untung.. kepuasan pengguna tu pun kite kne amek berat... ak tulis ni.. bukan khusus kat peniage2 di pekan rabu je.. tetapi.. kepade seluruh peniage di tanah malaysia ni...t sape dapat name baik.. kite jgk.. yang dapat name buruk? kite jgk... so pikir2 pikirkanla...
cite ak tadi tak abeh lagi... peh abeh sembahyang.. kitorang pon bebuke la.. aku order nasi ayam.. tapi bakn nak puji la.. nasi ayam die.. sedap kot... tak cukup ak satu pinggan.. hahaha
peh makan2 kitorang jalan2 la kat area citu.. mmg besar.. tak larat kaki nak jalan..
ak tak beli pon baju raye.. cos ak da suh mak ak buatkan baju utk ak.. cantikk wane ungu.. haha        "kepade kedai yang jual nasi ayam tu.. t taruk nasi lebih cikit ya.. hahaha"


 
memang boley rambang mate jalan jalan kat cini nak lagi bulan puase.. confirm penuh..
                                              pekan rabu di tengah tengah bandaraye alor setar

CIRI-CIRI PEMBOHONG

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.

Menyentuh hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila seseorang bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
aku amek artikel ni dari i love islam agar dapat berkongsi dengan korang..WHA

start dah..


assalamualaikum... nama saya Saiful Azim Bin Adnan panggil je azim, di lahirkan dihospital teluk intan, pada tahun sekitar november 1990. tujuan ak creat blog ni... juz nak relex2, nak mlepaskan geram.. n macam2 lagi.. korang kalu nak kongsi pape.. pun boley jgk... hahaha
trus terang ak bgtau.. ak ni seorang yang cpt tak berpuas hati dengan sesuatu perkare yang tak ngam dgn ak lebih lebih lagi kalau perkare tu ad kaitan dengan sesuatu sistem pentadbiran. ni ad satu citew la.. aku bkn nak kutukla kan.. ari tu ak on da way nak g kuliah kat satu universiti ni.. ak dah la lambat.. siap2 mandi pehtu pakei baju setting rambut.. trus ak g kuliah tompang moto kawan ak.. mase tu dah lambatkan kawan ak bawak la moto ala2 si wazzer bekas juare cub prix tu, nak dipendekkan citew.. ble dah nak sampe kat pintu gate universiti ni.. ad satu manusia ni tahan kitorang.. sebelum tu.. kawan ak ni.. bile dah nak sampe gate u ni.. die tarik la break moto die dengn tujuan nak perlahankan moto die.. tapi manusia ni.. tahan kitorang dah la sulah.. k fine.. kitorang pun berentila.. n bermula la satu dialog

kawan ak:nape cik
manusia sulah: wei korang ni bawak moto laju2 ni napew.. dalam u tak boley bawak laju2
kawan ak:dalam hatinya berkata( eh tadi ak bawak laju kat luar gate je.. die ni bute ke.. ak da bawak pelan dah)
dengan muka yang penuh tak puas ati manusia sulah tu tengok muke ak.. lame je.. pehtu kuar perkataan yang selama ni ak benci sangat bile kene tahan kat pintu gate u tu...

manusia sulah: korang berdua.. bukak helmet
ak n kawan ak bukak le helmet
manusia sulah: kamu ni rambut panjang.. ak nak kamu trim.. rambut kamu ni.. sambil jarinyanye menuding kearah sideburn ak
ak dengan rase yang amat tak berpuas ati dan diexprasikan dengan muke yang penuh dengan unsur tak puas ati... berkate.. yela.. cik..
peh tu ad plak kawan die.. dari blakang die cakap.. tu yang depan tu panjang jgk tu.. die makudkan kawan ak..
ak nag kawan ak tersentak... masing2 mempunyai rase hati yang same
manusia sulah; ak nak kamu trim..rambut ni... kalau tak... emm kamu meh sini jap.. ak tak pecaye dengan kamu... kamu mri sini jap..
aku: cik... t sye potong la.... aduh.....
manusia sulah: ak tak kire... kamu mari sini
ak pun pegi la... kat kuanter post pengawal tu..
manusia sulah: mane kat matrik?
ak keluarkan kat matrik ak n bagi kat die...
manusia sulah tu ambek surat amaran.... tulis name n segale maklumat ak.. kat borang tu... die pun cakap

manusia sulah: ak nak kamu potong rambut kamu... n ptg ni kamu datang sini balik... jumpe ak
aku: yela....
manusia sulah: kamu jgn main main... kalau tak.. ak boley ambl tindakan ni...
aku dengan lansung tak pandang muke die... trus jalan..... pakei helmet... n blah dari situ... nasib kawan ak tak kantoi
sebenarnyelakan manusia sulah tu... adalah seorang... ntahla.. nak kate pak guard bukan.. sebab die tak pakai uniform pon.. die suke2 tahan kitorang.. suke2 nak bagi amaran, tapi law die tu pakai a uniform pakguard mase tu.. ak mungkin akan hormat cikit... sebab ak tau tu keje die... yang ak tak pueh ati tu... ntah sape2 suke2 tahan orang.. nak warning plak.... bajet besar sgt kat u ni.... tu la ak nak citer... u ak ni... mmg pelik.. undang2 die.. ketat gile... dah macam bukan u dah ak rase... penat2 ak blajar... sampe masuk u untuk rase suasane u... rupe2nye... same je dgn skolah ak.... nak rambut pnjang ckit pown.. tak boley.. g pun rmbt ak bkan la panjag sgt pown... just tutup dahi je...law sampeke bahu tu.. len citer.. pak guard plak.. sume kerek2.. sume nye tak boley nak cakap bek2.. bajet bagos... eeIII ak tak suke undang2 u ni... u lain ok jew... lagi buruk perangai plajar2 diorg.. tapi ranking ok jew... ntah la.. ak tak paham.... ad banyak lagi.... t ak citer... k la tata
citer tadi tu tak abeh sebenarnye... kan manusia sulah tu suh ak jumpe die.. ak tak jumpe pown... ak trus balik umah.... sebab ari tu ari jumaat... minggu dpan pun ak tak potong jgk... lantak la die.... ak nak bebas... bebas dari undang2 u ni..... omg...